Thursday, April 15, 2010

Perkahwinan Hafiz & Siti

Sekali lagi Kacang Pixtures telah diberi kepercayaan untuk merakam moment-moment indah bagi perkahwinan pasangan pengantin Hafiz dan siti. Pada mulanya, Hafiz hanya membuat proses booking melalui sms sahaja. Jadi kami telah membuat temujanji untuk berjumpa beliau dan menunjukkan pakej-pakej kami serta contoh-contoh video yang pernah kami lakukan. Alhamdulilah, Hafiz serta pasangan telah bersetuju melantik kami selaku videographer perkahwinan mereka.

Majlis pernikahan telah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kajang manakala majlis persandingan pula telah berlangsung di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Majlis persandinagan mereka ini dilakukan serentak untuk kedua belah pihak pada 21 febuari 2010 yang lalu.Majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali.

Terima kasih buat pasangan Hafiz dan Siti kerana memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada kami. Saksikan teaser solemnization playback nikah pasangan ini..Enjoy ya...

No comments:

Post a Comment